Showing posts with label Komentar Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Komentar Tokoh. Show all posts

Tuesday, December 29, 2009

al-Syeikh Muhammad al-Ghazali


Pandangan Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya “al-Da’wah al-Islamiyah tastaqbil qarnuha al-khamis ‘asyar”:

“…sesungguhnya kami menyatakan bahawa satu-satunya gerakan yang telah membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula aqidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan…yang kami maksudkan ialah gerakan pembaharuan yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”


Di dalam kitabnya “Mi ‘ah sual ‘an al-Islam”, Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: “Syeikh Muhammad bin Abd Wahab telah mengangkat syiar Tauhid, dan benarlah yang dia telah melakukannya. Dia telah mendapati dirinya berada di dalam suasana yang mana kubur disembah, mereka memohon kepada yang telah mati perkara-perkara yang tidak boleh dipohon kecuali daripada Allah swt…”


Tuesday, December 15, 2009

al-Syeikh Muhammad Qutb

Pandangan Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya “Halummu nakhruj min al-zhulumat”:

“Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisas, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan Ummah ini daripada kelalaiannya…”

“Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab bagi menjernihkan kembali aqidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam…”


Di dalam kitab “Kaifa naktub al-tarikh al-islami” Syeikh Muhammad Qutb menyatakan bahawa:

“Manusia menyangkakan bahawa Islam ini telah berakhir dengan berakhirnya Daulah Umawiyah, zamannya telah tamat dengan tamatnya zaman Abbasi, dan akhirnya manusia juga menyangkakan bahawa Islam ini telah lenyap dengan lenyapnya zaman Khilafah Uthmaniyah dan jadilah Islam itu sebahagian daripada lagenda sejarah…tetapi semua sangkaan mereka ini tidak benar sama sekali. Islam tidak akan berakhir dalam mana jua keadaan getir yang dihadapinya, walaupun keadaan getir yang melanda tersebut seolah-olah telah menghancurkannya. Ini kerana Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini akan terus kekal di atas muka bumi ini sehingga hari Qiamat…dan di antara penyebab yang dijadikan Allah bagi mengekalkan Islam ini setelah menghadapi suasana getirnya ialah dengan kebangkitan Islam. Benarlah bahawa gerakan utama kepada kebangkitan ini ialah gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Friday, December 4, 2009

Penjelasan oleh al-Syeikh 'Atiyah Saqr (Mantan Syeikh al-Azhar) Tentang Wahabi



Terjemahan oleh Abu Amir:

"al-Wahhabiyyah dinisbahkan kepada Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, beliau adalah seorang Muslih (refomer), tersebar (dakwahnya) di Jazirah Arab yang menghadapi kemungkaran dan bid'ah yang menyalahi agama. Beliau telah memberi pemerhatian yang besar untuk mengukuhkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Dahulunya di sana (di Jazirah Arab) terdapat sebagai manusia sebagai contoh yang bertawassul dan mengambil berkat dengan para wali, mereka mensucikan para wali sehingga ke peringkat yang melampau, sehingga menjadikan para wali itu seperti para Nabi atau para wali itu seperti Allah S.W.T., Ini kerana melampau-lampau di dalam kecintaan yang boleh membawa kepada kekufuran. Oleh kerana itu apabila Nabi S.A.W. melihat para sahabat baginda terlampau mencintai baginda - dalam masa yang sama, mencintai baginda itu adalah wajib ke atas kita, kita mencintai baginda dan mencintai Allah S.W.T - akan tetapi melampau-lampau dalam kecintaan adalah perkara yang ditolak, sepertimana apabila baginda melihat para sahabat telah melampaui batas dalam mencintai baginda, lalu baginda bimbang mereka akan mengangkat baginda lebih dari kedudukan sebenarnya, lalu baginda bersabda: "Jangan kamu semua melebih-lebihkan aku sepertimana penganut kristian melebihkan al-Masih ibn Maryam, akan tetapi panggillah aku (sebagai) seorang hamba Allah dan seorang rasulNya." Yakni baginda memaksudkan: "Jangan kamu semua memuji-mujiku dengan pujian yang melampau-lampau, sehingga kamu semua memberikan pujian yang tidak berhak kepadaku, seperti yang berlaku kepada orang-orang kristian yang mencantai isa a.s. berlebihan, dan mereka mengagungkan baginda secara melampau, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan. Oleh itu melampau-lampau di dalam kecintaan adalah kemungkaran dan tertolak dengan sepenuhnya. Maka Muhammad bin 'Abd al-Wahhab memberi tumpuan dalam kerja-kerja islahnya untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T. dan keyakinan bahawa Allahlah yang menciptakan setiap sesuatu, Dia yang maha kaya, yang menghidup dan mematikan. Akan tetapi sebahagian orang hingga sampai ke tahap mengatakan: "Ha... Syeikh ini (wali ini), boleh menyembuhkan penyakit, syiekh ini menurunkan rezeki... inilah melampau-lampau yang membawa kepada kufur. Ini kerana Allah itu menyendiri dalam kekuasaannya, semua perkara berada dalam gengamannya. Lalu beliau (muhammad bin Abdul Wahhab) melakukan kerja islah ini dan memberi tumpuan yang serius untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Sekalipun begitu, ada sebahagian anak-anak murid dan pengikutnya yang melampau-lampau juga dalam bab tauhid ini, lalu mereka melarang sebahagian perkara kecil sehingga menganggap perkara kecil itu juga menyekutukan Allah. Akan tetapi seperti yang aku nyatakan, melampau-lampau dalam sesuatu perkara membawa kepada kesesatan yang parah. Kita sepatutnya menjadi orang yang adil dan berakal, sebelum kita menghukum sesuatu kita perlu memerhatikan sehingga kita benar-benar faham, ini kerana tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kufur kepada seseorang yang mencintai mana-mana para wali contohnya, ini adalah suatu yang benar-benar memberi kemudharatan. Anda semua sedia maklum hadith Nabi S.A.W.: "Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai Kafir, maka kafir itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka." -tamat-

Wednesday, December 2, 2009

Dr. Wahbah al-Zuhaili



Dr Wahbah al-Zuhaili menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya):

“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan salafus soleh yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abdul Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah.Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58).

Dr. Yusuf al-Qaradhawi


Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut di dalam Fiqh al-Aulawiyyat:

"Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abdul Wahhab di Semenanjung Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik." (m.s. 263, Mesir: Maktabah Wahbah).


Di tempat yang lain al-Qaradhawi menyebut:

"...Sepatutnya (kita mengambil) perhatian terhadap gerakan-gerakan yang membawa Islah dan Tajdid di dalam sejarah Islam. Demikian juga dengan tokoh-tokoh yang membawa tajdid yang diutuskan oleh ALLAH dari masa ke semasa yang tugasnya mengembalikan ummat kepada agama mereka yang benar, biar apapun warna mereka dan budaya mereka. Di kalangan mereka (yang membawa islah dan tajdid itu) terdiri daripada Khulafa' seperti Umar bin Abdul Aziz, atau dari kalangan sultan dan pemimpin seperti Nur al-Dien, Solah al-Dien, atau dikalangan para fuqaha' seperti al-Syafie (Imam al-Syafie), al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan (Muhammad) bin Abdul Wahab..." (Thaqafah al-Da'iyyah. Cet. Pertama Muassasah al-Risalah. M.s. 107)

"Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik." (Thaqafah al-Da'iyyah. Cet. Pertama Muassasah al-Risalah. m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir)

"Sejarah mencatitkan dari kalangan Mujaddid Jazirah Arab, penyeru kepada dakwah Salafi yang keluar dari madrasah al-Hambaliah (bermazhab Hambali) al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab (wafat 1206 H bersamaan 1792 M) yang tertegak dari asas dakwahnya Daulah Sa'udiah" (al-Sohwah al-Islamiyah.. cetakan Dar al-Sohwah. m.s. 32)

‘Abd Allah bin ‘Abd al-Muhsin al-Turki

al-Syeikh 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki di dalam tulisannya: Mujmal I’tikad Aimmah al-Salaf memuji akidah dan perjuangan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, antaranya beliau menyebut:

“Berterusanlah al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab menyeru kepada akidah yang bersih dan bersinar. Dengan tauhid, beliau menentang syirik, dengan ilmu beliau menentang khurafat” (m.s. 105, Beirut: Muasasah al-Risalah).

al-Syeikh 'Abd Allah bin 'Abd al-Muhsin al-Turki ialah Setiausaha Agung, Muslim World League dalam International Conference on Jurisprudence of Minorities in the Light of Maqasid al-Shariah.