Tuesday, December 29, 2009

al-Syeikh Muhammad al-Ghazali


Pandangan Syeikh Muhammad al-Ghazali di dalam kitabnya “al-Da’wah al-Islamiyah tastaqbil qarnuha al-khamis ‘asyar”:

“…sesungguhnya kami menyatakan bahawa satu-satunya gerakan yang telah membangkitkan kembali umat Arab bagi memperbaiki semula aqidah dan ibadah dan yang seumpama dengannya daripada segala bentuk penyelewengan…yang kami maksudkan ialah gerakan pembaharuan yang telah diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”


Di dalam kitabnya “Mi ‘ah sual ‘an al-Islam”, Syeikh Muhammad al-Ghazali berkata: “Syeikh Muhammad bin Abd Wahab telah mengangkat syiar Tauhid, dan benarlah yang dia telah melakukannya. Dia telah mendapati dirinya berada di dalam suasana yang mana kubur disembah, mereka memohon kepada yang telah mati perkara-perkara yang tidak boleh dipohon kecuali daripada Allah swt…”


Saturday, December 26, 2009

Tamparan Kepada Golongan Ganjil Yang Mempertikaikan Pembahagian Tauhid



Pasti tak lama lagi, puak-puak Ahbash, Ustaz Zamihan al-Ghariy (Anak murid penjenayah ilmu, Hasan Saqqaf), Ustaz Uthman al-Muhammadi, Dr. Asmadi, Yayasan Sofa Sufi dan yang senagkatan dengan mereka menuduh pula Dr. Wahbah al-Zuhaili sebagai wahabai... tunngu dan lihat sahaja nanti....

Monday, December 21, 2009

Mengikut Dalil

Kata al-Syeikh al-Mujaddid Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab:

“Maka sesungguhnya yang aku berada di atasnya dan aku seru kamu semua ke kepadanya ialah mencontohi para ahli ilmu (para ulama). Sesungguhnya semua para ulama telah mewasiatkan kepada orang ramai dengan perkara ini. Yang paling masyhur menyeru kepada perkara ini ialah imam kamu semua al-Syafie yang berkata: “Sudah pasti kamu semua akan dapati daripada ku sesuatu yang berbeza dengan hadith. Maka setiap yang berbeza dengan hadith, maka aku menjadikan kamu semua sebagai saksi sesungguhnya aku menarik balik perkara tersebut.” Kemudian dia berkata: “Ikutlah sesiapa yang mengikut dalil dalam masaalah ini dari kalangan para ulama.” (al-Rasail al-Sakhsiah, al-Risalah 22/150, al-Durar al-Sanniyyah 1/31-41)

Tuesday, December 15, 2009

al-Syeikh Muhammad Qutb

Pandangan Syeikh Muhammad Qutb di dalam kitabnya “Halummu nakhruj min al-zhulumat”:

“Sesungguhnya kebangkitan yang benar lagi sejati itu tidak dapat dimasuki oleh unsur-unsur kristianisas, maka sesungguhnya gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab ialah satu berita gembira yang hakiki kepada kebangkitan Ummah ini daripada kelalaiannya…”

“Sesungguhnya gerakan yang telah dipelopori oleh Syeikh Muhammad bin Abd Wahab bagi menjernihkan kembali aqidah adalah satu gerakan yang hakiki dalam menggerakkan kebangkitan dunia Islam…”


Di dalam kitab “Kaifa naktub al-tarikh al-islami” Syeikh Muhammad Qutb menyatakan bahawa:

“Manusia menyangkakan bahawa Islam ini telah berakhir dengan berakhirnya Daulah Umawiyah, zamannya telah tamat dengan tamatnya zaman Abbasi, dan akhirnya manusia juga menyangkakan bahawa Islam ini telah lenyap dengan lenyapnya zaman Khilafah Uthmaniyah dan jadilah Islam itu sebahagian daripada lagenda sejarah…tetapi semua sangkaan mereka ini tidak benar sama sekali. Islam tidak akan berakhir dalam mana jua keadaan getir yang dihadapinya, walaupun keadaan getir yang melanda tersebut seolah-olah telah menghancurkannya. Ini kerana Allah swt telah menetapkan bahawa Islam ini akan terus kekal di atas muka bumi ini sehingga hari Qiamat…dan di antara penyebab yang dijadikan Allah bagi mengekalkan Islam ini setelah menghadapi suasana getirnya ialah dengan kebangkitan Islam. Benarlah bahawa gerakan utama kepada kebangkitan ini ialah gerakan Syeikh Muhammad bin Abd Wahab di kepulauan tanah Arab…”

Akidah dan Dakwah al-Syeikh

al-Syeikh al-Mujaddin Muhammad bin Abdul Wahhab berkata:

"Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh:

Aku mengkhabarkan kepada kamu semua, sesungguhnya aku – kepada Allah segala pujian – akidah dan agama-ku yang Allah menjadikannya agama yang diredoiNya adalah mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah, yang merupakan mazhab para imam umat Islam seperti para imam mazhab yang empat dan para pengikut mereka sehinggalah ke hari kiamat. Aku juga menerangkan kepada orang ramai agar mereka mengikhlaskan agama (ibadah) kepada Allah, dan aku larang mereka dari memohon doa kepada para nabi dan ruh-ruh orang soleh yang telah meninggal dunia dan selain mereka dan perbuatan syirik lain, demikian juga aku melarang perbuatan syirik mereka dengan menjadikan ibadah kepada selain Allah, terdiri dari melakukan sembelihan, nazar, bertawakkal, sujud dan seumpamanya yang merupakan hak Allah yang tidak ada sekutu padanya samaada bersama malaikat yang hampir mahupun seorang nabi yang diutuskan. Inilah yang diseru oleh para rasul yang awal dan akhir. Inilah juga landasan Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah."
(al-Rasa-il al-Syakhsiyyah, al-Risalah 27/257-258, al-Durar al-Sanniyyah 1/46-51)

Friday, December 4, 2009

Penjelasan oleh al-Syeikh 'Atiyah Saqr (Mantan Syeikh al-Azhar) Tentang Wahabi



Terjemahan oleh Abu Amir:

"al-Wahhabiyyah dinisbahkan kepada Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, beliau adalah seorang Muslih (refomer), tersebar (dakwahnya) di Jazirah Arab yang menghadapi kemungkaran dan bid'ah yang menyalahi agama. Beliau telah memberi pemerhatian yang besar untuk mengukuhkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Dahulunya di sana (di Jazirah Arab) terdapat sebagai manusia sebagai contoh yang bertawassul dan mengambil berkat dengan para wali, mereka mensucikan para wali sehingga ke peringkat yang melampau, sehingga menjadikan para wali itu seperti para Nabi atau para wali itu seperti Allah S.W.T., Ini kerana melampau-lampau di dalam kecintaan yang boleh membawa kepada kekufuran. Oleh kerana itu apabila Nabi S.A.W. melihat para sahabat baginda terlampau mencintai baginda - dalam masa yang sama, mencintai baginda itu adalah wajib ke atas kita, kita mencintai baginda dan mencintai Allah S.W.T - akan tetapi melampau-lampau dalam kecintaan adalah perkara yang ditolak, sepertimana apabila baginda melihat para sahabat telah melampaui batas dalam mencintai baginda, lalu baginda bimbang mereka akan mengangkat baginda lebih dari kedudukan sebenarnya, lalu baginda bersabda: "Jangan kamu semua melebih-lebihkan aku sepertimana penganut kristian melebihkan al-Masih ibn Maryam, akan tetapi panggillah aku (sebagai) seorang hamba Allah dan seorang rasulNya." Yakni baginda memaksudkan: "Jangan kamu semua memuji-mujiku dengan pujian yang melampau-lampau, sehingga kamu semua memberikan pujian yang tidak berhak kepadaku, seperti yang berlaku kepada orang-orang kristian yang mencantai isa a.s. berlebihan, dan mereka mengagungkan baginda secara melampau, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan. Oleh itu melampau-lampau di dalam kecintaan adalah kemungkaran dan tertolak dengan sepenuhnya. Maka Muhammad bin 'Abd al-Wahhab memberi tumpuan dalam kerja-kerja islahnya untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T. dan keyakinan bahawa Allahlah yang menciptakan setiap sesuatu, Dia yang maha kaya, yang menghidup dan mematikan. Akan tetapi sebahagian orang hingga sampai ke tahap mengatakan: "Ha... Syeikh ini (wali ini), boleh menyembuhkan penyakit, syiekh ini menurunkan rezeki... inilah melampau-lampau yang membawa kepada kufur. Ini kerana Allah itu menyendiri dalam kekuasaannya, semua perkara berada dalam gengamannya. Lalu beliau (muhammad bin Abdul Wahhab) melakukan kerja islah ini dan memberi tumpuan yang serius untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Sekalipun begitu, ada sebahagian anak-anak murid dan pengikutnya yang melampau-lampau juga dalam bab tauhid ini, lalu mereka melarang sebahagian perkara kecil sehingga menganggap perkara kecil itu juga menyekutukan Allah. Akan tetapi seperti yang aku nyatakan, melampau-lampau dalam sesuatu perkara membawa kepada kesesatan yang parah. Kita sepatutnya menjadi orang yang adil dan berakal, sebelum kita menghukum sesuatu kita perlu memerhatikan sehingga kita benar-benar faham, ini kerana tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kufur kepada seseorang yang mencintai mana-mana para wali contohnya, ini adalah suatu yang benar-benar memberi kemudharatan. Anda semua sedia maklum hadith Nabi S.A.W.: "Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai Kafir, maka kafir itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka." -tamat-

Surat al-Syeikh kepada al-Suwaidi

al-Syeikh al-Mujaddin Muhammad bin Abdul Wahab menulis kepada al-Suwaidi, seorang alim di Iraq:

"Dan saya memberitahu kepada engkau bahawasanya saya - walillahilhamd - adalah مُتَّبِعٌ (orang yang mengikuti sunnah) dan bukanlah saya (orang yang mereka-reka/mengada-adakan) akidah, dan agama saya yang saya anuti/berpegang dengan Allah ialah: mazhab ahli al-sunnah wa al-Jamaah berpijak di atasnya oleh imam-imam bagi orang-orang islam seperti imam-imam yang empat dan pengikut-pengikut mereka sehingga ke hari kiamat." (al-Rasa-il al-Syakhsiah - al-Risalah al-Khamisah. hal 36)