Terjemahan oleh Abu Amir:
"al-Wahhabiyyah dinisbahkan kepada Muhammad bin 'Abd al-Wahhab, beliau adalah seorang Muslih (refomer), tersebar (dakwahnya) di Jazirah Arab yang menghadapi kemungkaran dan bid'ah yang menyalahi agama. Beliau telah memberi pemerhatian yang besar untuk mengukuhkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Dahulunya di sana (di Jazirah Arab) terdapat sebagai manusia sebagai contoh yang bertawassul dan mengambil berkat dengan para wali, mereka mensucikan para wali sehingga ke peringkat yang melampau, sehingga menjadikan para wali itu seperti para Nabi atau para wali itu seperti Allah S.W.T., Ini kerana melampau-lampau di dalam kecintaan yang boleh membawa kepada kekufuran. Oleh kerana itu apabila Nabi S.A.W. melihat para sahabat baginda terlampau mencintai baginda - dalam masa yang sama, mencintai baginda itu adalah wajib ke atas kita, kita mencintai baginda dan mencintai Allah S.W.T - akan tetapi melampau-lampau dalam kecintaan adalah perkara yang ditolak, sepertimana apabila baginda melihat para sahabat telah melampaui batas dalam mencintai baginda, lalu baginda bimbang mereka akan mengangkat baginda lebih dari kedudukan sebenarnya, lalu baginda bersabda: "Jangan kamu semua melebih-lebihkan aku sepertimana penganut kristian melebihkan al-Masih ibn Maryam, akan tetapi panggillah aku (sebagai) seorang hamba Allah dan seorang rasulNya." Yakni baginda memaksudkan: "Jangan kamu semua memuji-mujiku dengan pujian yang melampau-lampau, sehingga kamu semua memberikan pujian yang tidak berhak kepadaku, seperti yang berlaku kepada orang-orang kristian yang mencantai isa a.s. berlebihan, dan mereka mengagungkan baginda secara melampau, sehingga mereka menjadikannya sebagai tuhan. Oleh itu melampau-lampau di dalam kecintaan adalah kemungkaran dan tertolak dengan sepenuhnya. Maka Muhammad bin 'Abd al-Wahhab memberi tumpuan dalam kerja-kerja islahnya untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T. dan keyakinan bahawa Allahlah yang menciptakan setiap sesuatu, Dia yang maha kaya, yang menghidup dan mematikan. Akan tetapi sebahagian orang hingga sampai ke tahap mengatakan: "Ha... Syeikh ini (wali ini), boleh menyembuhkan penyakit, syiekh ini menurunkan rezeki... inilah melampau-lampau yang membawa kepada kufur. Ini kerana Allah itu menyendiri dalam kekuasaannya, semua perkara berada dalam gengamannya. Lalu beliau (muhammad bin Abdul Wahhab) melakukan kerja islah ini dan memberi tumpuan yang serius untuk membersihkan tauhid kepada Allah S.W.T.. Sekalipun begitu, ada sebahagian anak-anak murid dan pengikutnya yang melampau-lampau juga dalam bab tauhid ini, lalu mereka melarang sebahagian perkara kecil sehingga menganggap perkara kecil itu juga menyekutukan Allah. Akan tetapi seperti yang aku nyatakan, melampau-lampau dalam sesuatu perkara membawa kepada kesesatan yang parah. Kita sepatutnya menjadi orang yang adil dan berakal, sebelum kita menghukum sesuatu kita perlu memerhatikan sehingga kita benar-benar faham, ini kerana tergesa-gesa menjatuhkan hukuman kufur kepada seseorang yang mencintai mana-mana para wali contohnya, ini adalah suatu yang benar-benar memberi kemudharatan. Anda semua sedia maklum hadith Nabi S.A.W.: "Sesiapa yang berkata kepada saudaranya: Wahai Kafir, maka kafir itu akan kembali kepada salah seorang daripada mereka." -tamat-
Friday, December 4, 2009
Penjelasan oleh al-Syeikh 'Atiyah Saqr (Mantan Syeikh al-Azhar) Tentang Wahabi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment