Wednesday, December 2, 2009

al-Azhar Mengharamkan Kitab Yang menyerang Muhammad bin Abdul Wahhab

Universiti al-Azhar al-Syarif pada tahun 2005 telah mengharamkan lima buah kitab yang diterbitkan oleh Tarikat 'Azmiyah yang menghentam Muhammad bin Abdul Wahab dan al-Imam Muhammad bin Sa'ud seperti berita yang dikeluarkan oleh majalah al-Watan bilangan 1672, bertarikh 19 Rabi’ul awwal 1426 H bersamaan 28 April 2005. Di bawah ini saya terjemahkan isi kandungan berita yang termuat di dalam majalah tersebut yang bertajuk "Al-Azhar melarang 5 Kitab yang menyerang al-Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab":

"Al-Azhar mengeluarkan keputusan melarang disebarkan lima kitab yang diterbitkan oleh Tarikat al-'Azmiyah –salah satu tarikat Sufi di Mesir- yang mana buku-buku tersebut menyerang al-Imam Muhammad bin Abdul Wahab dan al-Imam Muhammad bin Sa'ud kerana ianya mengandungi fitnah-fitnah dan memecah belahkan barisan umat Islam.

Berkata Mudir Syu'un Lajnah Majma' al-Buhuth al-Islami al-Azhar al-Syarif, al-Syeikh Mahir al-Haddad kepada Majalah al-Watan : "Sesungguhnya al-Majma' di dalam Ijtimaknya semalam yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar Dr. Muhammad Sayyid Tantawi sepakat atas laporan kajian terhadap lima kitab tersebut yang disediakan oleh ahli al-Majma' yang menunjukkan lima kitab tersebut tidak benar. Semua 5 kitab ini disebarkan di mana di dalamnya mengandungi asas fitnah dan perpecahan. Kitab-kitab ini dikeluarkan oleh Lajnah al-Buhuth al-Dirasaat bagi Tarikat al-'Azmiyyah sebagai satu bahagian daripada silsilah dari kitab-kitab yang lain yang membicarakan tentang al-Futuhaat al-'Azmiyyah.

Majalah al-Watan dimaklumkan bahawa lima kitab tersebut diberikan oleh Kementerian Keselamat (The State Security Service) Mesir kepada al-Azhar untuk menunggu keputusan Fatwa dari al-Azhar tentangnya yang mana kitab tersebut telah dicetak oleh Tarikat Sufiyah tersebut sekitar tiga ribu naskah sebagai hadiah yang diberikan bersama majalah Tarikat tersebut."


-------------
(Sumber berita : http://www.alwatan.com.sa/daily/2005-04-28/first_page/first_page03.htm )

No comments: